Ketenangan itu lahir apabila kita sendiri....
Kalau mereka tahu mengapa aku sampai jadi begini..pastinya tidak akan ada lagi soalan itu dan ini...
Kalau mereka tahu apa yang telah aku lalui..pastinya mereka akan lebih memahami..
MALANGNYA...
Mereka tidak tahu mengapa aku jadi begini..
Harus sahaja bermacam soalan itu dan ini..
Mereka tidak tahu apa yang aku lalui..harus sahaja mereka terleka menyakiti..
Seandainya mereka tahu..harus sahaja mereka tersenyum menghampiri..
Aku tidak harap mereka datang dan memberi simpati..
Cukuplah sekadar mereka memahami...
Setiap manusia itu punya kisah tersendiri..
Jangan diganggu tapi mohon dihormati..
Dalam hati siapa yang tahu?