Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih...selamat datang buat kamu-kamu ke layarku yang penuh liku-liku.Biarkan aku mewarnai dunia kecil ini seenak-enaknya..kuanyam rasa rindu puisi syahdu buat hati yang sedang merindu..tatkala mulut tidak punya kesempatan berbicara...hanya sekadar kata-kata barangkali monolog hati jua.Apa yang aku rasa kita kongsi bersama !

Sunday 13 November 2011

Setia

Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah yang menjadi ikutan dan juga bualan

Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma adalah pasir saja penghujungnya muara

Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai
Nikmat cinta yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya tiada terlaksana

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya Kau saja sudi memahaminya

Setiaku ini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan jasad ataupun nyawa
Aku tetap setia...

Friday 11 November 2011

Kejar Impian !

Lupakan nilai-nilai jelik..
Lupakan bekas-bekas yang membenak..
Lupakan segalanya yang sia-sia..
Aku berdiri untuk hidup baru ini..
Penilaian berasaskan akal minda..
Berpaksikan Quran dan Sunnah..
Kutampilkan diriku apa adanya..
Ya ! aku gadis bijaksana !
Jalan dengan kepala tegak bukan membongak serta bongkak..
Kejar impianmu disana...

Nota Kaki : Mahu jadi student kembali...BENARKAH ini ?
tampar kiri tampar kanan oh betul rupanya...

Friday 28 October 2011

Sempurna


Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil ikan itu..Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah jua setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,setelah ia mula menyayangimu maka hendaklah kamu menjaga hatinya.Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja kerana ia akan terluka oleh kerana kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada dan janganlah terlalu berharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh.Cukuplah sekadar keperluanmu kerna apabila ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya..dan janganlah kamu terlalu mengaguminya serta terlalu menganggapnya begitu istimewa.Anggaplah ia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya dan akhirnya kamu kecewa serta berlalu meninggalkannya sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..

Jika kamu memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu iaitu akan mengenyangkan serta berkhasiat.Mengapa kamu berlengah untuk mencari makanan yang lain??? Terlalu ingin mengejar kelazatan barangkali...nasi yang ada akan basi dan kamu tidak akan memakannya..lalu kamu akan menyesal.

Begitu jua jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu...menyayangimu..mengasihimu..mengapa kamu berlengah dengan cuba membandingkannya dengan yang lain?terlalu mengejar kesempurnaan barangkali...kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain lalu kamu jua akan menyesal....!!!!

Nota Kaki : Usahlah mencari yang terlalu sempurna !

Thursday 27 October 2011

Tangis & Gumbira

Setiap hari adalah hari yang baik yang telah diciptakan oleh Sang Pencipta.Hari ini bukan unutk diratapi dan bukan juga untuk ditangisi.Hidup ini diciptakan oleh Tuhan bagi kita untuk kita nikmati.Maksudnya bukan bererti kita menikmati dengan cara melakukan hal-hal yang justeru boleh menghancurkan hidup kita.
Sebaliknya jalanilah hari ini dengan sukacita dan senyum di wajah sekalipun masalah masih belum terselesaikan.Jalanilah hari ini dengan keyakinan InsyaAllah.....

Orang bijaksana adalah mereka yang mampu berbahagia sekalipun melalui masa-masa sulit.Mereka mampu menyanyikan persoalan-persoalan hidup mereka.Hidup ini sudah sulit jangan lagi anda membuatnya bertambah sulit dan terus menerus memikirkan persoalan yang anda alami.Alihkan dan fokuskan fikiran anda pada segala rahmat dan anugerah dari Tuhan hari ini...

Hari kelmarin telah berakhir tadi malam jadi jangan lagi membawa masalah-masalah kelmarin untuk hari ini.Kesusahan kelmarin cukuplah untuk hari kelmarin.Hari ini dan esok ada kesusahannya sendiri...

Masih ada pula orang yang terjebak di masa lalunya yang pahit dan menghabiskan bertahun-tahun hidupnya dengan memikirkan kegagalan masa lalu tersebut.Padahal masa lalu yang buruk tidak bererti masa depannya juga akan buruk.Aku mengangguk setuju untuk itu !

Persoalan-persoalan dalam hidup kita kelihatannya memang kecil dan simple.Namun semakin lama kita menanggungnya atau membawanya maka bertambah sulitlah kehidupan kita lalu membuat kita bertambah stress, tertekan, kehilangan bentuk sukacita dan kebahagiaan dalam hidup.Itulah sebabnya selesaikanlah persoalan anda secepat mungkin.Jika anda sedang sakit hati atau membenci seseorang,segeralah memaafkannya.Jika anda memutuskan untuk menyimpannya,maka hal itu akan memperburuk hidup anda bahkan akan menjadi racun yang menghantui serta membunuh jiwa anda secara perlahan-lahan.

Seberapa besar kesulitan yang kita sedang kita hadapi saat ini,mungkin kesulitan dalam rumahtangga,kewangan,pekerjaan,penyakit,atau apapun...jangan pernah dibiarkan perkara itu mencuri sukacita dalam menjalani kehidupan hari ini.Pada aku..jika kita kehilangan sukacita maka akan hilanglah kekuatan dalam diri ! PERCAYALAH !!!

Kebahagiaan dalam hidup bukan bererti bahwa kita menjalani hidup ini tanpa persoalan,tanpa kesulitan dan tanpa beban hidup ! Tuhan pun tidak pernah menjanjikan pada kita hidup tanpa persoalan.Yang Ia janjikan adalah kekuatan dan jalan keluar saat kita menghadapi masa-masa sulit. dalam hidup ini.Justeru kehidupan akan bertambah nikmat dan dan indahnya kerana dengan melalui kesulitan,ada banyak hal yang boleh anda pelajari daripadanya...benar kan ?

Ingatlah bahawa setiap sesuatu ada sebabnya.Ada masa untuk menabur dan ada pula masa untuk menuai.Ada masa untuk menangis dan ada masa untuk tertawa.Jika hari ini kehidupan anda diselaputi dengan pelbagai masalah yang belum selesai,nikmatilah hari ini kerana badai pasti berlalu.Ada masanya di mana masalahmu pasti akan selesai.....

Tuesday 25 October 2011

Kuatkan Hati


Ya Allah,
Perjalanan ini terasa sungguh sunyi
hari-hari yang dialui terasa sepi
Permata yang dimiliki semakin jauh pergi
Itulah ketentuan takdir Illahi
Kerana dirinya bukan miliku lagi


Ya Allah,
Penitian hidup tetap diteruskan
hanya bersendirian mencari arah tujuan
setelah dia memberi jalan
Dengan sejuta nota dan pesanan


Ya Allah,
Ku kuatkan langkahan mencari sinar harapan
Biar tanpa insan bernama "teman"
hanya sahabat yang beriman menjadi dambaan
Akhirnya impian menjadi kenyataan
Kurniaan diterima lebih dari apa yang diminta


Ya Allah,
Sungguh indah ukhwah ini
kesepian berlalu pergi
kesibukan yang dilalui
membuatkan tidak lagi berfikir untuk mencari

Ya Allah
Cita-citaku terlalu tinggi
Inginku gapai sebelum diri dimiliki
kerana selesa berdikari
tanpa ada yang membatasi
Fitrah ditolak jauh sekali
sekadar ingin mencari kepuasan diri

Ya Allah,
bantulah hambaMu yang kerdil ini
Luruskan setiap jalan yang dilalui
Kuatkan dan perteguhkan diri
Jangan diganggu dengan penyakit hati
walau perasaan fitrah insani
demi cita-cita yang ingin dikecapi


-KELUARGA DAN CITA-CITA YANG UTAMA-

Monday 24 October 2011

Rintihan Doa



Dengan Nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.Selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan ikutan orang-orang yang bertaqwa serta ke atas keluarga dan ahli-ahli rumahnya dan sahabat-sahabatnya sekalian.Ya Allah,Tuhan kami sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan pada agama dan kesihatan jasad dan ditambahkan ilmu pengetahuan dan keberkatan rezeki dan bertaubat sebelum mati dan rahmat ketika mati serta keampunan setelah mati.

Ya Allah,ringankanlah ke atas kami semasa sakaratulmaut,dan lepaskanlah dari api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan hisab.Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.Berilah kami rahmat dari sisi-Mu sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi.Ya Allah wahai Tuhan kami,hidupkanlah kami dengan iman,matikan kami dalam iman,serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah ya Tuhan kami,ampunilah segala dosa-dosa kami,dosa ibu bapa kami,guru-guru kami serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil.Ya Allah ya Tuhan kami,akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan jangan kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesalahan yang tidak baik.

Wahai Tuhan kami,kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia serta di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka.Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas seluruh keluarganya serta sahabat-sahabat baginda.Dan segala puji itu tertentu bagi Allah Tuhan pentadbir sekalian alam...aamin.....