Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih...selamat datang buat kamu-kamu ke layarku yang penuh liku-liku.Biarkan aku mewarnai dunia kecil ini seenak-enaknya..kuanyam rasa rindu puisi syahdu buat hati yang sedang merindu..tatkala mulut tidak punya kesempatan berbicara...hanya sekadar kata-kata barangkali monolog hati jua.Apa yang aku rasa kita kongsi bersama !

Friday 28 October 2011

Sempurna


Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil ikan itu..Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah jua setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,setelah ia mula menyayangimu maka hendaklah kamu menjaga hatinya.Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja kerana ia akan terluka oleh kerana kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada dan janganlah terlalu berharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh.Cukuplah sekadar keperluanmu kerna apabila ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya..dan janganlah kamu terlalu mengaguminya serta terlalu menganggapnya begitu istimewa.Anggaplah ia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya dan akhirnya kamu kecewa serta berlalu meninggalkannya sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..

Jika kamu memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu iaitu akan mengenyangkan serta berkhasiat.Mengapa kamu berlengah untuk mencari makanan yang lain??? Terlalu ingin mengejar kelazatan barangkali...nasi yang ada akan basi dan kamu tidak akan memakannya..lalu kamu akan menyesal.

Begitu jua jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu...menyayangimu..mengasihimu..mengapa kamu berlengah dengan cuba membandingkannya dengan yang lain?terlalu mengejar kesempurnaan barangkali...kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain lalu kamu jua akan menyesal....!!!!

Nota Kaki : Usahlah mencari yang terlalu sempurna !

No comments:

Post a Comment