Dengan Nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.Selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan ikutan orang-orang yang bertaqwa serta ke atas keluarga dan ahli-ahli rumahnya dan sahabat-sahabatnya sekalian.Ya Allah,Tuhan kami sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan pada agama dan kesihatan jasad dan ditambahkan ilmu pengetahuan dan keberkatan rezeki dan bertaubat sebelum mati dan rahmat ketika mati serta keampunan setelah mati.
Ya Allah,ringankanlah ke atas kami semasa sakaratulmaut,dan lepaskanlah dari api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan hisab.Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.Berilah kami rahmat dari sisi-Mu sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi.Ya Allah wahai Tuhan kami,hidupkanlah kami dengan iman,matikan kami dalam iman,serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah ya Tuhan kami,ampunilah segala dosa-dosa kami,dosa ibu bapa kami,guru-guru kami serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil.Ya Allah ya Tuhan kami,akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan jangan kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesalahan yang tidak baik.
Wahai Tuhan kami,kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia serta di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka.Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas seluruh keluarganya serta sahabat-sahabat baginda.Dan segala puji itu tertentu bagi Allah Tuhan pentadbir sekalian alam...aamin.....
No comments:
Post a Comment